Tidak balas proposal Nadir kerana mahal

Sebaran :

Tidak balas proposal Nadir kerana mahal

Pendakwah bebas, Ebit Lew menjelaskan pihaknya tidak memberi respon sebut harga kotak makanan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman kerana ditawarkan kos lebih rendah oleh pihak lain.

Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung tengah hari tadi berkata, wakil daripada kumpulannya dikenali sebagai Ustaz Zul memang ada menghubungi Muhammad Nadir Al-Nuri dan menerima sebut harga kotak makanan itu melalui WhatsApp.

“Muhammad Nadir Al-Nuri ada sebut mengenai beri proposal (kertas kerja) kepada Ustaz Zul. Ramai ingat proposal itu tunjuk cara masuk Gaza dan sebagainya, tetapi tidak itu hanya sebut harga kotak makanan yang mahu diberikan kepada penduduk Gaza.



“Di dalam proposal itu diletak harga makanan satu kotak AS$40 (RM168.96), tetapi saya juga ada dapat sebut harga barang yang lebih kurang sama dengan harga AS$20 (RM84.48). Jadi, kenapa saya kena ambil yang AS$40 kalau ada AS$20.

“Kalau ada berniaga, mesti tahu tidak semua ‘quotation’ kita balas, jadi jika marah mesej ‘quotation’ tidak dibalas itu bukanlah perkara yang wajar. Kita akan ambil yang terbaik, saya tidak persoalkan kenapa dia letak harga sebegitu mungkin ada sebab tersendiri. Pasal tak balas WhatsApp, jangan kecil hati,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan orang ramai yang mendakwa kumpulan misi bantuannya sempat bersiar-siar tetapi tidak memberi sebarang perkembangan pergerakan mereka di sana.

“Setibanya di Mesir, kami perlu serahkan nama pada polis, nyatakan tujuan ke sana. Saya tidak boleh letak saya nak ke Gaza kerana belum dapat kebenaran ke Gaza. Jadi, saya ke sana adalah melalui ejen pelancongan terkenal di sana.



“Bukan bayar mahal pun dan hotel kami terletak berhampiran dengan tempat firaun dan ada juga makam imam Syafi’e. Saya pergi makam imam Syafi’e, takkan lah selama ini kita ikut mazhab Syafi’e, tetapi bila makan Syafi’e di sebelah saya tak boleh pergi tengok.

“Jadi, sementara seminggu itu kami perlu ikut jadual, sementara dapat kelulusan untuk barang, dan kelulusan masuk ke Gaza,” katanya.

Ebit juga menyangkal dakwaan penyanyi rap, Caprice yang mengatakan Ebit tidak dibenarkan balik ke Malaysia dan perlu menyembah dan mencium kaki Menteri Luar Palestin untuk mendapatkan kebenaran balik ke Malaysia. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak balas proposal Nadir kerana mahal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir


Sebaran :

One thought on “Tidak balas proposal Nadir kerana mahal

  • sebagai sesama Muslim, haram bagi kamu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada perbelanjaan untuk membeli barangan yang hendak didermakan kepada orang susah

    Reply

Leave a Reply