Resepi gulai daging korban memukau

Sebaran :

Resepi gulai daging korban memukau

Kali ini kita masak Kari Daging Korban yang dibuat ala ala Gulai Daging Kelantan yang tidak berminyak seperti kari biasa. Daging jangan dihiris terlalu nipis nanti tak rasa seperti daging yang bertekstur berurat.

Kalau boleh, guna sedikit bahagian yang ada lemak. Masak daging korban ni, memang sedap. Dagingnya terasa manis kerana itulah berkat daging korban.

Jom layan resepi mudah tapi sedap. Kalau cara sesetengah orang lagi mudah, semua bahan dikisar sahaja. Lebih menjimatkan masa tanpa merubah keenakannya pun..

Bahan bahan:

1 kg daging
1 biji bawang besar – cincang
4-5 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1/2 sudu besar cili kisar – opsyenal
3 sudu besar rempah kari daging
Rempah – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 kotak santan kotak
1 sudu besar kerisik
Gula Melaka
Garam
Sedikit pes asam jawa
2 biji kentang – potong 4

Cara cara:

Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bawang bawang dan halia.

Tumis sehingga layu dan wangi. Masukkan cili kisar, jika suka. Tumis sehingga cili garing. Tuangkan serbuk kari yang tidak dibancuh dengan air. Kacau laju laju dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan air. Kacau lagi sehingga rempah kari masak.

Masukkan daging dan digaul rata bersama rempah sehingga agak agak air daging kering dan rempah terbit minyak.

Masukkan santan dan air secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan sekali ubi kentang.

Setelah mendidih dan hampir pecah minyak, baru dimasukkan kerisik, garam, asam jawa dan gula Melaka.

Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah air panas sedikit demi sedikit. Setelah daging empuk, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Sedap dimakan dengan nasi putih dan juga roti. Azie Kitchen

Resepi gulai daging korban memukau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Rendang Daging Padang Asli


Sebaran :

Leave a Reply