Isteri Misbun Sidek meninggal dunia

Isteri Misbun Sidek meninggal dunia.

Legenda badminton negara, Datuk Misbun Mohd. kehilangan isterinya, Datin Latifah Sidek yang meninggal dunia, sebentar tadi.

Perkembangan itu disahkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dalam Twitter sekitar pukul 9 malam tadi, namun punca kematian tidak dimaklumkan.

“Dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua.

“Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga. Al-Fatihah,” kata MSN menerusi ciapan Twitternya.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziah dalam Twitter.

“Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar Arwah Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan di kalangan para Solehah. Al-Fatihah,” kata Mohamad Norza.

Sebelum ini, Latifah dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana positif Covid-19.

Misbun dan Latifah mendirikan rumah tangga pada 1987 dan dikurniakan enam anak, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin.

Isteri Misbun Sidek meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sebarkan ‘fitnah, warga emas cedera ‘Makan’ penampar penghulu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker