‘Kerusi Muafakat Nasional’ cadangan baik – Tok Mat

‘Kerusi Muafakat Nasional’ cadangan baik – Tok Mat

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan menyambut baik syor supaya tidak berlaku pertembungan calon PAS dan Umno di 27 kerusi yang berisiko jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau secara peribadi menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang baik, namun, tidak mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Umno bersetuju untuk duduk bersama PAS bagi berbincang berhubung perkara itu.



Katanya, setiap keputusan melibatkan parti diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

“Setakat ini saya boleh kata ia satu pandangan yang baik kerana sebarang keputusan di peringkat parti bukan diputuskan oleh saya.

“Bagi saya ia satu pandangan yang baik. Jadi perkara ini akan dibincangkan di peringkat dalaman parti. Kita akan sama-sama kaji baik buruk pandangan ini,” katanya menurut Sinar Harian.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki menerusi hantaran di Facebooknya berkata, Umno dan PAS perlu kembali ke meja rundingan bagi memastikan kedua-dua parti tidak bertembung antara satu sama lain di 27 kerusi itu.



Zuhdi turut mencadangkan kerusi terbabit dinamakan “Kerusi Muafakat Nasional” bagi mengambil semangat penyatuan ummah yang digerakkan oleh dua parti besar Melayu itu.

Beliau berkata, pada PRU14, 20 daripada 27 kerusi di Semenanjung terlepas ke tangan PH sehingga menguasai kerajaan selepas pilihan raya tersebut.

Katanya, tujuh daripada 27 kerusi itu amat berisiko untuk jatuh ke tangan PH pada pilihan raya kali ini disebabkan PH mengalami kekalahan tipis pada PRU14 lalu. FMT

‘Kerusi Muafakat Nasional’ cadangan baik – Tok Mat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)



Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker