Bayi lelaki maut kena patuk ular

Bayi lelaki maut kena patuk ular

Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan maut akibat dipatuk ular ketika bermain dengan abangnya di rumah mereka dalam kejadian di Rembau, Negeri Sembilan, malam tadi.

Mangsa yang berusia setahun lima bulan, Muhammad Danial Iqwan disahkan meninggal dunia kira-kira empat jam selepas kejadian jam 9 malam di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir itu.

Dia meninggal dunia di Hospital Rembau pada jam 1 pagi ketika sedang diberi rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Rembau Hazri Mohamad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila ular terbabit masuk menerusi lubang pada bilik utama tempat mangsa bermain.

Katanya, mangsa yang juga anak bongsu itu tinggal bersama ibu, nenek serta abangnya.

“Kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan abangnya berusia tiga tahun di bilik utama. Ibunya juga turut berada dalam bilik berkenaan.

“Secara tiba-tiba ibunya terdengar jeritan anak bongsu sebelum terlihat seekor ular masuk menerusi lubang pada bilik. Dia kemudiannya ternampak kesan patukan ular pada tapak tangan kiri mangsa sebelum membawanya ke hospital,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Hazri berkata ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu pagi tadi. Tamat

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 secara percuma atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. FMT

Bayi lelaki maut kena patuk ular


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau minta RM100, dia bagi tak?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker