Resepi Ayam Kung Pao Juicy

Resepi Ayam Kung Pao Juicy

Hi Semua, untuk kali ini kita masak menu Chinese style pula iaitu Ayam Kung Pao.

Ayam Kung Pao versi dalam video ini tak sama macam versi klasik sebab kita ada tambah dan tukar dengan beberapa bahan yang disukai ramai tapi masih lagi kekalkan konsep asas masakan ni. Resepi kali ni pun adalah resepi upgrade dari versi yang lepas



Ayam kung pao ini kalau untuk tekak melayu, memang kena sangat rasanya sebab ada rasa pedas dari cili kering dan rasa lemak-lemak manis dari kacang atau gajus dan sos soya. Cukup simple dan sedap kalau makan dengan nasi panas saja.

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:3-4 orang

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk perapan ayam:



400g atau 2 keping isi ayam
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kicap cair

Bahan-bahan untuk sos:

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
½ sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula
3-4 sudu besar air

Bahan-bahan untuk lain-lain:



1 senduk minyak masak
½ mangkuk kecil gajus atau kacang tanah
6-7 tangkai cili kering
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
capsicum
¼ biji bawang holland atau bawang merah
daun bawang

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam kung pao:

Potong cili kering, bawang holland, daun bawang, bawang putih dan halia.



Potong ayam dalam bentuk kiub lalu gaul rata tepung jagung dan kicap cair.

Perap seketika ayam tersebut.

Pada bekas asing, masukkan kicap manis, kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, gula dan air lalu kacau kesemua bahan hingga sekata.

Panaskan minyak dan goreng gajus atau kacang tanah sehingga keperangan lalu angkat.



Goreng cili kering dan masukkan isi ayam sehingga ayam kelihatan keperangan.

Masukkan hirisan bawang putih dan halia, lalu gaul sehingga naik bau.

Sesudah itu, masukkan lada benggala, bancuhan sos, sedikit air (jika perlu), bawang holland dan gajus.

Tambah garam jika perlu.



Masukkan daun bawang dan sambung sehingga masak.

Kemudian, ayam kung pao siap dan boleh dihidang.

Tips:

Masak ayam diatas api yang besar dan kacau dengan cepat supaya ayam kung pao menjadi lebih ‘juicy’, lembut’ dan masak sempurna.

Resepi Che Nom

Resepi Ayam Kung Pao Juicy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi gulai telur itik daun pegaga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker