Lapan beranak terpaksa tinggal dalam khemah selepas keluar rumah sewa

Sebaran :

Lapan beranak terpaksa tinggal dalam khemah selepas keluar rumah sewa. Lapan beranak menempuh detik sukar apabila terpaksa mendiami khemah selama sebulan selepas terpaksa keluar dari rumah sewa.

Sebelum ini keluarga Roszita Abdul Razak, 43, menyewa di Lunas, Kedah dan menyara keluarganya dengan bekerja di sebuah kedai emas di Kulim, Kedah.

Namun, pelaksanaan Kawalan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ lebih sebulan lalu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan serta tidak mampu membayar sewa rumah.

Susulan itu, Roszita yang juga ibu tunggal terpaksa pulang ke kampung ibunya di Pengkalan Batu, Tasek Gelugor bersama empat anak berusia antara 12 dan 22 tahun, dua cucu berusia setahun dan dua tahun serta seorang anak saudara berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, jumlah ahli keluarga yang ramai menyebabkan Roszita terpaksa menghuni khemah kerana tidak mahu menyusahkan ibunya yang perlu menjaga adiknya berusia 30 tahun dan abangnya berusia 50 tahun yang mempunyai masalah kesihatan.

“Sebelum ini kami tinggal di Lunas (Kedah), saya bekerja di Kulim Central. Bila ‘lockdown’ dilaksanakan, tempat kerja saya ditutup jadi saya tidak boleh bayar sewa rumah.

“Saya terpaksa pindah balik duduk dekat rumah mak. Dah ramai sangat kat rumah mak kami terpaksa buat pondok duduk dalam khemah,” katanya.

Namun, di sebalik kesukaran dihadapi, Roszita bersyukur apabila kesempitan hidup keluarganya mendapat simpati penduduk setempat serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman yang membantunya mencari rumah sewa.

Susulan itu, lapan beranak tersebut kini menarik nafas lega apabila ditempatkan di rumah transit di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas.

“Alhamdullillah ada yang membantu kami. Buat masa ini mereka tolong bayarkan sewa, nanti bila saya kembali stabil nanti, saya bayarlah sendiri,” ujarnya.

Roszita juga berharap dia mendapat pekerjaan dalam masa terdekat untuk membolehkannya menyara keluarga selepas ditempatkan di rumah transit berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.

Menurut Perdana Menteri, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang. – Awani

Lapan beranak terpaksa tinggal dalam khemah selepas keluar rumah sewa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Luahan hati Kunan setelah tidak didapati bersalah dan pendakwaan terpilih Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply