Resepi gulai telur itik daun pegaga

Resepi gulai telur itik daun pegaga sedap dan mudah disediakan

Masa kecil di kampung dulu jarang sangat telur itik di jadikan lauk. Kebiasaannya telur itik di cari orang untuk buat kuih bauhulu saja. Selain tu yang kita tahu buat telur masin.

Sebenarnya telur itik ini pun macam telur ayam saja, boleh masak berbagai cara. So kita masak lain sikit hari ini.

Bila masak lauk masak lemak cili api ini, kena masak nasi lebih sebab teruja makan akibat kesedapannya.

Resepi gulai telur itik daun pegaga ini memang sedap. Tidak menggunakan banyak bahan, resepi kegemaran ramai ini mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN

4 biji telur itik
20 tangkai cili padi – kisar
½ kg santan
2 cm kunyit hidup – kisar
2 batang serai
Sedikit garam
Pegaga secukupnya

CARA

1.Satukan santan, serai, cili padi dan kunyit hidup di dalam periuk. Masakkan di atas api yang sederhana. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.

2.Kemudian kecilkan api, pecahkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Biarkan telur tiga suku masak sahaja.

3.Setelah itu, masukkan pegaga secukupnya, kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa. Padamkan api dan hidangkan.

Dah pun siap. Senang sajakan. Jamulah keluarga tercinta, pasti mereka sayang dengan anda sebab sediakan lauk yang sedap.

Resepi oleh Zaida Lily

Resepi gulai telur itik daun pegaga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi popia pisang goreng coklat berkeju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker