Kalau minta RM100, dia bagi tak?

Kalau minta RM100, dia bagi tak?

Kalau jumpa, kita minta RM100, dia bagi tak? – Rody Kristal

Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody atau nama sebenarnya, Mohd. Rodi Baharudin menempelak tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memohon pertolongan rakyat bagi membayar ikat jamin berjumlah RM330,000.

Kata Rody, rakyat sudah cukup tertekan dengan apa yang berlaku dalam negara ketika ini.

“Rakyat lagi tertekan woi. Sudah-sudahlah. Kalian rasa kalau jumpa ‘face to face’ (bertentang mata), kita minta RM100 mereka (ahli politik) bagi atau tidak.

“Keluar tajuk berita ‘rakyat malas tak kerja’ nanti. Tertekan aku,” kata bapa kepada dua cahaya mata tersebut.

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Sumbangan berkenaan juga dipercayai bagi membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah.

Syed Saddiq dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi semalam.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu. K Online

Kalau minta RM100, dia bagi tak?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen

Related Articles

One Comment

  1. Kalau awak tak mau sumbang tak salah. Dan tak salah juga kalau awak nak minta dia RM100. Dan tak salah juga kalau dia tak mau bagi. Tu hak masing-masing. Cuma awak tidak mewakili semua orang. Mungkin orang lain nak sumbang atas alasan masing-masing? Tu kita kenalah hormati sikap dan pendirian orang-orang lain walaupun berbeza dengan kita.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker