Lelaki tembak dua jiran direman 7 hari

Lelaki tembak dua jiran direman 7 hari

MARANG: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) direman tujuh hari sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan kes bunuh Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya, Wakaf Tapai, semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di Mahkamah Marang pada jam 10.35 pagi tadi.

Media semalam melaporkan seorang lelaki maut, manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dipercayai menggunakan senapang patah dalam kejadian di Taman Raya Wakaf Tapai di sini.

Mangsa, Fong Swee Fuan, 65, yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang yang cedera di dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.

Suspek yang melarikan diri menaiki sebuah jip berjaya ditahan di kawasan kebun di Durian Mentangau, Dungun kira-kira jam 4.20 petang semalam. BH



Lelaki tembak dua jiran direman 7 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau minta RM100, dia bagi tak?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker