Resepi dalca nasi kandar ori

Resepi dalca nasi kandar ori

Bahan-Bahan:

– 1/2 kg Tulang kambing bhg. rusuk atau tulang Ayam (rangka). di potong ikut selera.



– 300 gm Kacang Parpu/ Dal biasa (Australia). Direbus bersama tulang kambing. Sehingga empuk (45minit).

*Jangan sekali simpan kacang parpu yang belum masak ke dalam peti sejuk…sampai esok pagi anda tidak dapat kacang parpu itu empuk atau masak. Kalau ingin masak cepat gunakan pressure cooker yang tak ada “pressure cooker” masukan satu sudu (petua) ke dalam kacang parpu yang sedang rebus untuk cepat masak.

– 2 btg karot sederhana. di kupas kulit dan dipotong 45 darjah. tebal 5-8 mm jangan terlalu nipis.

– 2 biji terung bulat dipotong empat dan dipotong sekali lagi setiap 4 x 2 bahagian. selepas potong tentukan potongan terung ini direndam dalam besin atau mangkuk yg berisi air untuk mengelakan terung menjadi lebam dan kehitaman setelah masak.



– 1/2 Kg ubi kentang sederhana besar. Kupas kulit dan potong 4 X2 (cara potongan 45 darjah). Rendam ubi dalam mangkok berisi air supaya tidak lebam.

*Pisang Muda atau Mangga Muda boleh juga masukkan. Tentukan ia tidak lebam..rahsianya rendam dalam air sehingga digunakan.

– Garam dan gula secukup rasa.

Rempah Untuk tumis:



– 2 btg kayu manis, cengkih 5, bunga lawang 3, buah pelaga 3.

– 2 biji bawang labu besar dihiris .

– 2 sudu besar pes halia bawang putih.

– 2-3 ranting daun kari.



– 1 sudu kecil Jintan Putih.

– 1/2 sudu kecil Jintan Manis.

– 1 sudu kecil Kas-Kas ( dikecualikan hehehe).

– 1 sudu kecil serbuk kunyit.



– 3 sudu besar rempah daging .

– 1/2 sudu kecil garam masala.

– 2 – 3 ranting daun pudina / ranting daun ketumbar untuk hiasan.

– Minyak untuk menumis.



Cara-cara penyediaan:

1. Selepas parpu telah direbus dan masak secukup (kacang parpu perlu hancur) masukan Karot, Terung dan Kentang ke dalam rebusan tadi. Kepekatan Dalca ada lah keadaan air yang anda rebus parpu.

Kacang parpu perlu hancur dan akan memberi kepekatan kuah. Rahsia kepekatan Dalca ialah kacang parpu masak dan hingga hancur berbentuk pes. Semasa memasak kacang parpu mestilah pentingkan keadaan air rebusan yang cukup…jangan terlalu banyak air digunakan untuk memasak. Dan jangan pulak biarkan kacang parpu hangus…kalau hangus…Dalca anda juga Hangus dan tidak boleh digunakkan.

2. Rebusan parpu yang telah siap itu kalau perlu tambahkan air. Apabila ubi kentang mulai masak menunjukkan kuah dalca anda sudah telah sedia. Anda boleh masukkan sedikit santan atau susu cair kalau ingin perlemakan kuah anda. Kecilkan api dapur.

3. Tumis semua bahan -bahan seperti di atas dengan api sederhana..masukan rempah 4 sekawan, bila keluarkan aroma harum masukkan bawang hirisan, goreng sehingga warnanya bertukar kuning keemasan, masukan bahan kisaran halia dan dan bawang putih diikuti dengan daun kari. Sebelum masuk rempah tentukan serbuk rempah jintan putih, jintan manis, kunyit, kas-kas dan rempah daging dijadikan pes dulu dengan adun sedikit air sebelum masuk ke dalam minyak panas. Bila bau harum rempah bangkit, masukkan dalam rebusan kuah parpu yang telah masak bersama dengan tulang, ubi , karot dan Terung dan rempah. (Tumis darat yea). Tumis perlu lakukan jangan sampai hangit. Masukan garam secukup rasa.

4. Taburkan daun pudina diatas dalca anda dan tutup tudung periok anda. Dalca anda sedia dihidangkan. Kalau anda buka tudung pasti wangian masakan Dalca anda boleh menusuk hidung untuk bangkitkan selera. Selamat cuba. Jangan putus asa setiap kali mencuba masakan nasi kandaq Pulau Pinang.

Resepi mamak haji

Resepi dalca nasi kandar ori


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker