Lain Yang Dicari Lain Yang Jumpa, Dua Beradik Jumpa Mayat Di Pantai

Lain Yang Dicari Lain Yang Jumpa, Dua Beradik Jumpa Mayat Di Pantai

BACHOK: Dua beradik yang sedang mencari kulit sotong dan hasil laut, terkejut apabila menemui mayat seorang individu terdampar di pantai Kuala Kandis, di sini, semalam.

Mayat individu berseluar panjang tanpa baju itu dijumpai dua beradik berusia 40 dan 34 tahun berkenaan kira-kira jam 1.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata hasil pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit dipercayai lelaki dan sudah lama berada dalam air.



“Berdasarkan hasil pemeriksaan pada luaran badan si mati, setakat ini, didapati tiada unsur jenayah. Namun, punca kematian masih belum dikenal pasti.

Buat masa ini, Mohamad berkata, polis masih belum dapat mengesan identiti mangsa berikutan mayat ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan.

Beliau sekali gus meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau bot nelayan yang kehilangan pekerja, supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk membuat laporan.-BH/SH



Lain Yang Dicari Lain Yang Jumpa, Dua Beradik Jumpa Mayat Di Pantai

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker