Mimi Fly tak serik bercinta lagi

Mimi Fly tak serik bercinta lagi

Penyanyi Mimi Fly mengaku sedang menjalin hubungan cinta dengan lelaki berkulit hitam yang kini menetap di luar negara.

Mimi, 36, atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham berkata, biarpun pernah berdepan episod kegagalan dalam rumah tangga dan kisah cinta yang tidak kesampaian, Mimi tidak pernah menutup pintu hatinya menerima kehadiran insan baharu.



“Kami mula berkenalan ketika bertemu di satu destinasi percutian dan sejak itu, kami semakin rapat walaupun hubungan terpaksa diteruskan secara jarak jauh (LDR) sebab dia sekarang menetap di Amerika Syarikat.

“Dia adalah seorang doktor pakar tulang belakang dan sangat memahami diri serta berfikiran terbuka. Dia tak pernah takut dengan bagaimana saya membawa diri di depan khalayak.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh, jadilah. Malah waktu pertama kali jumpanya, saya macam terus terpaut hati dan energy yang sama turut lahir darinya,” katanya.

Menurut bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu, dia enggan bercerita lebih lanjut mengenai keperibadian teman lelakinya itu namun berharap agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya.



“Barangkali dia adalah kegembiraan yang saya cari selama ini. Bagi saya, sebagai seorang wanita, saya rasa semua orang layak bertemu jodoh yang dapat membawa kita maju ke hadapan dan memperbaiki apa kekurangan diri.

“Kalau boleh, saya nak hubungan kami diteruskan ke peringkat seterusnya kerana dia sendiri banyak memberi dokongan dan sokongan kepada saya untuk jadi manusia yang lebih baik.

“Ada orang tanya tak takut ke berkawan dengan orang kulit hitam dan jawapan saya, tidak langsung sebab saya rasa lelaki Melayu senang rasa intimidated (tercabar atau takut) dengan keterbukaan gaya hidup saya berdasarkan beberapa perhubungan yang telah saya lalui sebelum ini,” ujarnya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Mimi bercinta dengan lelaki berbangsa asing. Sebelum ini, Mimi pernah berpacaran dengan jurulatih kecergasan, namun hubungan tidak mampu bertahan lama.



Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun pasangan itu bercerai pada November 2017. HM

Mimi Fly tak serik bercinta lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker