Adakah hujan membawa bencana dianggap Rahmat?

Adakah hujan membawa bencana dianggap Rahmat?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ruum ayat 48,

“Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendaki Nya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendaki Nya dari hamba-hamba Nya, mereka serta mereka bergembira.”



Namun sejak akhir-akhir ini hujan itu sudah tidak lagi mendatangkan kegembiraan. Apabila hujan perasaan takut mula menyelinap ke seluruh benak, pertama takut terperangkap di dalam banjir kilat.

Kedua, takut hujan itu membawa penyakit dan terkena air hujan sedikit saja sudah ditimpa demam, sakit kepala dan selesema. Masih juga ia dikatakan hujan rahmat?

Walau apa pun bencana yang berlaku disebabkan hujan, ia tetap turun sebagai rahmat. Tapi tangan manusia yang rakus telah menyebabkan hujan yang sepatutnya turun sebagai rahmat bertukar menjadi bencana.

Apabila lapisan ozon semakin menipis yang disebabkan oleh pemanasan global, tumbuhan sudah tidak dapat berfungsi dengan betul untuk menghasilkan oksigen. Ia juga menyebabkan suhu air laut meningkat dan hidupan laut tidak dapat menjalankan rutinnya dengan sempurna.



Semua itu menyebabkan berlaku ketidakseimbangan di udara, karbon dioksida terlampau banyak. Kesannya ia boleh membawa kepada masalah kesihatan, selesema, batuk, sakit tekak dan kanser kulit.

Pencemaran juga telah menyebabkan hujan menjadi lebih berasid. Walaupun memang ada faktor semula jadi yang boleh menyebabkan hujan berasid seperti pereputan najis lembu yang membebaskan gas metana dan nitrus oksida.

Faktor paling besar yang menyumbang kepada hujan berasid adalah pertubuhan industri yang pesat. Dari situ banyak membebaskan sulfur oksida menyebabkan hujan berasid. Apabila dibebaskan dan bergabung dengan karbon dioksida di udara menyebabkan hujan menjadi semakin berasid.

Selain itu sistem pengangkutan yang mengeluarkan asap juga penyumbang terbesar hujan asid. Asap yang keluar dari kenderaan membebaskan gas nitrogen oksida dan nitrus dioksida.



Satu lagi di dalam bidang pertanian baja yang digunakan akan membebaskan nitrogen dioksida begitu juga dengan plastik baja yang dibakar juga akan membebaskan sulfur dioksida juga akan menyebabkan hujan asid. Apabila gas itu bergabung dengan hujan di udara akan menghasilkan hujan asid.

Hujan sekarang lebih berasid jika dibandingkan situasi dahulu selari dengan pembangunan yang begitu pesat. Proses yang berlaku itu membebaskan gas yang tidak sihat dan menghasilkan hujan yang lebih berasid.

Memang tidak dapat dinafikan, hujan itu secara semula jadinya memang sudah berasid apabila bergabung dengan karbon dioksida. Apabila sampai ke bumi hujan itu memang berasid tetapi ia masih pada tahap normal dan tidak membahayakan.

Namun pada hari ini ia sudah menjadi tidak normal kerana gas yang tercemar bebas di udara apabila bergabung dengan hujan. Maka ia akan menjadi hujan berasid. Hujan asid ini ia akan menjadi bahaya jika kurang daripada pH 5.



Banyak tandanya hujan itu berasid iaitu apabila kita terkena hujan sedikit sudah demam. Salah satu penanda hujan semakin berasid ialah struktur bangunan sudah tidak lagi kukuh dan mudah reput.

Ia kesan dari hujan asid. Cat pada kenderaan bermotor dan bangunan cepat luntur juga menjadi kayu ukur, hujan sudah semakin berasid. Kualiti kesihatan pada hari ini pun semakin menurun.

Memang benar, apa saja yang Allah aturkan di atas muka bumi ini bukan saja hujan sudah seimbang dan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Namun ia menjadi tidak seimbang apabila berlakunya pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Wallahu a’lam Utv

Sesungguhnya hujan adalah Rahmat dari ALLAH, yang menyebabkan berlaku bencana adalah kerana kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri di muka bumi ini.



Adakah hujan membawa bencana dianggap Rahmat?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker