Harimau Malaya diperkuatkan dengan Afiq Fazail, Pan Gon buat 4 pertukaran untuk hadapi Taiwan

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon melakukan empat perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya untuk berdepan Taiwan pada jam 7 malam ini, berbanding ketika menentang Kyrgyzstan, Khamis lalu.

Perubahan itu menyaksikan perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail diletakkan dalam kesebelasan utama bagi aksi yang akan berlangsung di Stadium Perbandaran Taiwan.

Paulo Josue yang dimasukkan pada babak kedua ketika berdepan Kyrgyzstan sebelum ini juga tersenarai dalam skuad utama dengan Brendan Gan diletakkan di bangku simpanan.



Pan Gon turut melakukan perubahan di bahagian serangan dengan menggunakan Akhyar Rashid dalam kesebelasan utama manakala Darren Lok berada dalam senarai pemain simpanan.

Satu lagi perubahan adalah pengendali dari Korea Selatan itu menyenaraikan Junior Eldstal dalam skuad utama dengan Shahrul Saad diletakkan di bangku simpanan sementara Dominic Tan yang dilaporkan mengalami kecederaan tiada dalam skuad kali ini.

Sementara itu, Dion Cools diberikan peranan sebagai ketua pasukan selepas lilitan kapten ketika menentang Kyrgyzstan dipakai Matthew Davies.

Berikut adalah senarai kesebelasan utama Malaysia:



Syihan Hazmi Mohamed (PG), Matthew Davies, Faisal Halim, Stuart Wilkin, Arif Aiman Hanapi, Junior Eldstal, Paulo Josue, Akhyar Rashid, Afiq Fazail, Dion Cools dan La’vere Corbin Ong

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker