Berkat doa Nabi Sulaiman menyelamatkan daripada dibaham harimau

Berkat doa Nabi Sulaiman menyelamatkan daripada dibaham harimau

SUNGAI SIPUT: Seorang pemuda menganggap pesanan guru silat supaya mengamalkan doa Nabi Sulaiman antara sebab dia terselamat ketika terserempak harimau belang ketika mahu memancing di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Taman Dovenby Fasa 2 di sini, semalam.

Muhammad Luqman Haqim Muhamad Ghazali Lim, 22, berkata dia pergi berseorangan ke kawasan kolam memancing di ladang kelapa sawit tidak jauh dari rumahnya kira-kira 1.40 tengah hari, sebelum dikejutkan dengan kemunculan ‘Pak Belang’ terbabit.



Beliau berkata, dia sepatutnya pergi ke situ bersama dengan seorang rakan untuk memancing ikan haruan, berikutan isterinya baru melahirkan bayi sulung, namun ketika itu rakannya belum sampai.

Katanya, ketika berseorangan di hutan sementara menunggu kedatangan rakan, dia terhidu bau seakan bau kambing jantan namun tidak begitu menghiraukannya sebelum dikejutkan dengan kehadiran harimau dewasa berkenaan.

“Saya tidak pernah masuk hutan berseorangan, jadinya tadi (semalam) tergerak hati saya untuk membaca Doa Nabi Sulaiman. Kemudian, saya pun pergi berseorangan menuju kolam pancing.

“Ketika hampir tiba di kolam itu saya melihat dan menoleh ke sekeliling sebelum dikejutkan dengan kemunculan harimau terbabit yang terus mengaum ketika itu dan betul-betul sedang memerhatikan saya. Ketika itu jantung bagaikan mahu luruh.



“Saya terus kembali membaca doa Nabi Sulaiman sambil mengundur beberapa langkah dalam jarak 10 meter sebelum memecut lari menuju ke sebuah kuil berhampiran untuk meminta pertolongan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, dia tidak pasti sama ada harimau itu turut mengejarnya, namun bersyukur kerana terselamat.

Katanya, pengurusan kuil berkenaan pada mulanya tidak begitu mempercayai apa yang diceritakan. Tetapi tiba-tiba ngauman harimau sekali lagi kedengaran dan disusuli dengan bunyi jeritan monyet.

“Orang di kuil itu juga nampak situasi monyet lari di samping melompat-lompat seperti ada sesuatu melalui kawasan itu,” katanya.



Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohd Jamalludin Mat Yusop, berkata sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sebaik panggilan daripada pengadu diterima jam 2.12 petang.

Katanya, pemantauan dibuat secara berkumpulan termasuk dengan mengambil gambar tapak kaki haiwan yang dipercayai harimau berkenaan.

“Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pengarah PERHILITAN negeri, Yusoff Shariff ketika dihubungi pula berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan kawalan di lokasi berkenaan. BH



Berkat doa Nabi Sulaiman menyelamatkan daripada dibaham harimau

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker