Mas Khan melamar Diana Nasimuddin
Mas Khan melamar Diana Nasimuddin
Anak tokoh perniagaan ternama, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, Diana akhirnya menerima lamaran daripada kekasihnya, Mas Khan.
i”CINTA sejati sukar dicari,” demikian coretan indah pelakon Mas Khan buat wanita yang baru menerima lamarannya, Diana Nasimuddin semalam.
Menerusi hantaran sepotong video di Instagramnya, Mas Khan berkongsi momen kejutan yang dibikin Diana apabila menyarung semula cincin yang diberikan sejak enam bulan lalu.
“Sesuatu perhubungan mesti ada pasang dan surut tapi apabila terlalu banyak yang dilalui bersama, perselisihan faham, konflik dan sebagainya, hal itu semakin menguatkan ikatan.
“Kita takkan boleh memiliki cinta tanpa ada kesakitan. Tapi seandainya ikatan itu cukup kuat untuk mengatasi segala rintangan, jadi ia berbaloi untuk diperjuangkan.
“Surprise! Enam bulan saya menunggu apabila dia membuka cincin itu dan hari ini dia mengejutkan saya.
“Selama-lamanya saya sayang dan cintakan kamu Diana Nasimuddin,” tulisnya dalam video berkenaan.
Tambah Mas Khan lagi dalam tulisannya di hantaran berkenaan: “Berikan masa dan ruang tapi jangan pernah putus asa untuk individu yang membuatkan kamu gembira. Saya sayangkan kamu ‘bekas kekasih’.”
Sementara itu, Diana turut menulis komen pada hantaran sama.
“Kejutan! Alhamdulillah. Satu perjuangan kan? Insya-Allah kita akan semakin kuat sekarang, dan saya menantikan apa saja untuk hari-hari mendatang,” tulisnya.
Mac lalu, tindakan Mas Khan berkongsi luahan hati seolah-olah berdepan kekecewaan mengundang tanda tanya warganet.
Malah, Mas Khan turut memadamkan banyak foto serta video melamar Diana di Instagramnya yang dimuat naik pada Disember tahun lalu. Awani
Mas Khan melamar Diana Nasimuddin
Baca Artikel Menarik:
- Sokongan ketua hakim negara terhadap ‘Walk of Justice’ petunjuk berat sebelah – Hisyam
- Hadi hanya cetus kebangkitan pengundi bukan Melayu – penganalisis
- BN boleh bentuk kerajaan jika menang 16 kerusi Parlimen Perak – Tok Mat
- Apple lancar iPhone 14 seawal 7 September
- Anak CFO Dialog Group Bhd nafi ibu terlibat kontroversi LCS
- Pelajar didakwa cederakan diri selepas dipaksa buat seks oral
- Peragut terlepas peluang curi jam Rolex bernilai setengah juta dalam Bugatti
- Peserta acara larian maut dipanah petir
- Samsung Galaxy S23 Ultra Disahkan Akan Jadi Peranti Pertama Dilengkapi Kamera 200-Megapixel
- Libasan maut depan rumah
- Afdlin Shauki Dedah Punca Bercerai
- Ali Reza punca penceraian rumah tangga pelakon?
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)