Ayda Jebat positif Covid-19
Ayda Jebat positif Covid-19
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 31, hari ini memaklumkan dia positif Covid-19 selepas mengalami sakit tekak selain suhu badan naik turun sejak semalam.
“Semalam sudah rasa sakit-sakit tekak. Pengurus saya cakap mungkin sebab saya ‘shooting’ di luar kemudian masuk dalam bangunan ada penghawa dingin.
“Tapi saya pernahlah rasa badan panas sejuk, panas sejuk, dan sakit tekak,” katanya.
Penyanyi lagu Pencuri Hati itu bagaimanapun bersyukur dia tidak melakukan sebarang kontak dengan suaminya Nabil Mahir serta anak mereka, Ana Nayla.
“Nasib baik balik tak jumpa ‘baby’. Mandi terus baring. Anak pula tidur dengan Nabil. Bila bangun pagi (hari ini), saya masih lagi sakit tekak. Jadi, saya buat swablah.
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
Jawapan padu Yuna kepada yang mengkritik tudungnya
“Sakit tekak saja buat masa sekarang. Harapnya tiada apa-apalah. Tapi itulah Sabtu ini saya ada ‘show’ pula di Singapura,” katanya.
Terdahulu, Ayda memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan alat ujian Covid-19 dibuatnya memiliki dua garis. Dia memohon sesiapa yang ada berjumpanya untuk melakukan swab juga.
“Positif hari ini. Siapa yang jumpa saya khasnya semalam, tolong buat ujian swab hari ini dan dua, tiga hari seterusnya. Maaf sangat.
“Saya tiada simptom yang teruk. Sakit tekak sahaja jadi mohon siapa yang sakit tekak jangan tunggu tunggu atau biarkan ingat sakit tekak saja. Swab terus ya,” katanya. HM
Baca Artikel Menarik:
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET