Kereta terbakar, lelaki rentung

Kereta terbakar, lelaki rentung

Serdang: Lelaki meninggal dunia akibat rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kejadian berhampiran sebuah masjid di Jalan BK 5/1 Bandar Kinrara, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 10.35 malam tadi.



“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah kereta Perodua Kancil terbakar sepenuhnya di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, terdapat seorang lelaki ditemukan rentung di bahagian pemandu dalam kenderaan berkenaan.

“Anggota bomba bertugas mengambil masa beberapa minit bagi memadamkan kebakaran terbabit,” katanya. HM



Kereta terbakar, lelaki rentung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung



Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker