DUN Perak tunggu perkenan Sultan Nazrin untuk bubar

DUN Perak tunggu perkenan Sultan Nazrin untuk bubar

Keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diumumkan selepas Sultan Nazrin Shah membuat keputusan, kata Menteri Besar, Saarani Mohamad.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 2.08 petang tadi.

“Sultan bertitah baginda mengambil maklum mengenai permohonan yang dikemukakan dan akan membuat pertimbangan sewajarnya.

“Oleh demikian, sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN Perak akan diumumkan selepas Sultan Nazrin perkenan membuat keputusan,” katanya dalam sidang media.

Parlimen dibubarkan pada Isnin lalu untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15, dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing supaya pilihan raya negeri dan persekutuan diadakan serentak, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor. FMT

DUN Perak tunggu perkenan Sultan Nazrin untuk bubar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker