Tiba-Tiba Penjaga Gol KL City Jadi Kegilaan…Ini 10 Fakta Menarik Kevin Ray Mendoza Hansen [VIDEO]

Tiba-Tiba Penjaga Gol KL City Jadi Kegilaan…Ini 10 Fakta Menarik Kevin Ray Mendoza Hansen

KEMENANGAN 2-0 pasukan Kuala Lumpur City (KL City) dalam saingan Piala Malaysia semalam menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia melawan pasukan JDT.

Tidak sahaja tertumpu kepada prestasi pasukan KL City, tetapi juga kepada prestasi cemerlang “penjaga gol” Kevin Ray Mendoza Hansen dalam menghalang hantaran bola berbahaya oleh pihak lawan.



@nyominyoms

Hari hari rancak, mendozaaa 🔥 MOTM 🏆 #kevinmendoza #klcity #pialamalaysia2021 #fyp #fypシ #bolasepak

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey



Justeru, tidak hairanlah jika satu video telah dimuat naik oleh pengguna media sosial TikTok bernama @nyominyoms telah menarik perhatian mendapat jumlah tontonan lebih satu juta kali.

Namun, apabila diketahui Kevin sudah mempunyai pasangan hidup, penyokong wanita di negara ini berasa sedikit kecewa dan sedih.

Berikut adalah fakta menarik mengenai Kevin Ray Mendoza Hansen.



1. Dilahirkan di Henring, Denmark pada 29 September 1994.

2. Penjaga gol ini memiliki ketinggian 188cm

3. Mendirikan rumah tangga lebih kurang lapan tahun yang lalu bersama pasangannya, Nadia Baekgaard.

4. Merupakan seorang warganegara Filipina dan bermain dengan pasukan kebangsaan negara itu sendiri.



5. Prestasi Kevin dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini cukup cemerlang apabila berada dalam kedudukan teratas kerana kerap menyelamatkan gawang Kl City daripada dibolos dengan mudah.

6. Pernah bermain dengan 7 pasukan lain sebelum menyertai KL City iaitu pasukan Viborg, Kjellerup, Ringkobing, Thisted, Horsens, HB Koge dan Vendsyssel FF.

7. Pemuda ini mula menjadi penjaga gol bagi pasukan KL City bermula tahun 2021.



8. Kevin kini menetap di Malaysia bersama isterinya setelah berpindah sebanyak tujuh kali sebelum ini.

9. Memiliki rekod cemerlang dalam Liga Malaysia, pemain ini telah meyakinkan Ketua Jurulatih Filipina, Scoot Cooper meletakkan dia sebagai penjaga gol utama dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura dan telah bersama 27 pemain lain menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan Filipina.

10. Jumlah pengikut instagram naik secara mendadak sejak kemenangan semalam. Bermula sekitar 6,000 pengikut, kini Kevin mempunyai lebih 70,000 pengikut.-mSTAR



Tiba-Tiba Penjaga Gol KL City Jadi Kegilaan…Ini 10 Fakta Menarik Kevin Ray Mendoza Hansen

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker