Terlalu Seksi, Nadia Brian Mohon Doa Peminat Agar Terbuka Hati Tutup Aurat

Terlalu Seksi, Nadia Brian Mohon Doa Peminat Agar Terbuka Hati Tutup Aurat

Pelakon seksi, Nadia Brian mengakui bahawa bahagian komen media sosialnya sering dipenuhi dengan teguran netizen yang memintanya untuk tampil berpakaian lebih sopan dan menutup aurat.

Tidak melenting atau marah dengan teguran yang diberikan, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi,31, menganggap segala teguran itu sebagai doa untuk dia berubah ke arah yang lebih baik.



Nadia juga memaklumkan bahawa dia sentiasa menghargai kritikan daripada peminat dan mengganggap mereka berbuat begitu kerana prihatin dengan dirinya.

Nak berubah daripada segi pemakaian itu memerlukan masa. Insya-Allah mana tahu dengan berkat doa daripada orang, saya pun boleh berubah.
Jelasnya lagi, dia hanya ingin menjadi diri sendiri dan apa yang penting selain pemakaian adalah seseorang itu perlulah sentiasa menghormati orang tua dan merendah diri dalam kehidupan.

Perkembangan lain, Nadia berkongsi rasa teruja apabila filem lakonan pertamanya, Ratu Kala Jengking telah berjaya tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-31.

Sekadar info tambahan, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan iaitu Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai pada 2 April 2021 dengan talak satu. Bn



Terlalu Seksi, Nadia Brian Mohon Doa Peminat Agar Terbuka Hati Tutup Aurat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker