Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]

Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid

Bapa penyanyi tanah air, Zarina Al-Qadry iaitu Wan Hassan Syed Jamil Alqadry Aljilani meninggal dunia pada Khamis malam.

Perkara itu disahkan anaknya Zarina atau Sharifah Zarian Wan Hassan dalam satu perkongsian video di Instagramnya.





Allahyarham dikatakan rebah ketika sedang menunaikan solat sunat sebelum Isyak di Masjid Kuching Family Park.

“Semasa dia (Allahyarham) berada di masjid hendak solat Isyak dan Tarawih, dia rebah pada solat sunat Isyak,” katanya.

Para jemaah yang berada di masjid tersebut membantu Allahyarham sebelum menghubungi ahli keluarganya.

Turut hadir di lokasi anak lelakinya Syed Muhammad Alqadry yang juga pengasas jenama baju melayu S_Alqadry Exclusive.



Pelantun lagu Langit Ketujuh itu turut memohon agar mendoakan semoga urusan bapa dipermudahkan.

“Mohon kalian semua mendoakan abah (Allahyarham) saya,” katanya lagi.

Difahamkan jenazah Allahyarham telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut sebelum urusan pengebumian selepas solat Jumaat esok.-MS

Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker