Sanusi sendiri pecah rahsia, ‘akui tidak mahu ditahan ketika diminta hadir ke balai oleh Bukit Aman’

Menteri besar sementara Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini mengakui dia telah diminta oleh Bukit Aman untuk hadir ke balai polis, namun mengelak daripada ditangkap.

Dia juga mendakwa sedar telah wujud komplot tertentu untuk menangkapnya sehari sebelum pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang.

Menceritakan apa yang berlaku di antara dia dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa kepada penangkapannya pada jam 3 pagi semalam Sanusi berkata komunikasi tersebut berlangsung seawal jam 10 malam.



Ia kemudian berlanjutan sehingga jam 2 pagi.

Mengakui tidak menjawab panggilan telefon daripada pihak polis, Sanusi menjelaskan komunikasi tersebut berlangsung melalui aplikasi WhatsApp saja.

Katanya dia tidak menjawab panggilan telefon daripada PDRM kerana menghadiri beberapa mesyuarat pada hari berkenaan.

“Saya ada komunikasi dengan pegawai Bukit Aman daripada jam 10 malam hingga jam 2 pagi. Ada WhatsApp… pasal saya tak mahu dia tangkap saya.



“[…] Dia (polis) kata boleh tak mari (datang) balai polis (Sri) Hartamas, saya kata buat apa? […] atau mana-mana balai (polis) yang sesuai.

“Saya kata, takkan nak ambik keterangan boleh pergi mana-mana balai (polis) kan, ia spesifik… takkan pi (pergi) mana-mana balai boleh?

“Saya kata ni sahlah (untuk) tangkapan, kalau tangkapan saya tak mahu pi,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat Kedah di Alor Setar hari ini.

Dakwa ada komplot



Sanusi pada masa sama menolak kenyataan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, bahawa dia dan pegawainya menolak apabila mendapat panggilan dari Bukit Aman.

Katanya sebagai seorang menteri besar, tidak mungkin dia akan melarikan diri.

Semalam, Razarudin memberitahu Sanusi ditangkap pada awal pagi selepas beberapa panggilan telefon yang dibuat kepada menteri besar Kedah itu “ditolak”.

Katanya, pihak berkuasa pada awalnya meminta bantuan dari polis Kedah, namun ahli politik terbabit didapati tiada di negeri itu.



Katanya, polis mendapat tahu Sanusi akan hadir untuk satu program bersama Astro Awani pada jam 10 malam namun pemantauan yang dibuat mendapati tiada kelibatnya di situ.

Justeru, katanya, usaha menghubungi Sanusi bagi memaklumkan keperluannya hadir di mahkamah telah dibuat melalui telefon gagal apabila semua panggilan berkenaan ditolak.

Razarudin Husain

Selain Sanusi, Razarudin berkata, polis turut menghubungi pegawai ahli politik terbabit namun panggilan yang dibuat juga ditolak mereka.

Sanusi dihadapkan dengan dua pertuduhan berkaitan raja-raja Melayu di mahkamah semalam. Satu daripada pertuduhan berkenaan membabitkan Sultan Selangor berhubung pelantikan menteri besar, serta Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.



Dakwaan Sanusi itu diucapkannya semasa menghadiri ceramah politik PN di Selayang, Selangor pada 11 Julai. Dia – yang turut diadukan kepada polis oleh ahli Dewan Diraja Selangor – mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mengulas lanjut Sanusi mendakwa penahannya adalah satu komplot bagi memburukkan imejnya supaya dilihat telah bersalah.

“Sebab saya tahu komplot ini nak tangkap dulu (sebelum didakwa) kerana tangkapan ini hendak bagi naratif bahawa telah berlaku satu kesalahan.

“Dia (polis) tangkap depan orang ramai lagi dia syok. Saya (nak) elak daripada ditangkap.



“Memang dia (polis) ada call pegawai saya apa, tapi saya mesyuarat, ada tiga mesyuarat hari itu, tengah mesyuarat saya tengok ada panggilan masuk, saya tanya siapa, dia kata dia dari Bukit Aman.

“…Saya tanya direct nak buat tangkapan ke?…Kalau nak tangkap habaq betul-betul, saya sebolehnya tak mahu ditangkap.

“Saya warganegara yang baik, saya beri kerjasama kepada polis tak pernah lari sekali pun,” katanya lagi.

Sanusi bagaimanapun memuji pihak polis yang telah bertindak profesional dan melayannya dengan baik sewaktu proses penahanan serta ketika ditahan di balai polis di Gombak.

Malah, Sanusi turut menghargai kebenaran yang dibenarkan oleh pegawai polis yang datang menahannya apabila dia dibenarkan mandi dan minum secawan kopi terlebih dulu sebelum dibawa dari premis tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker