Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur

Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur

Seorang lelaki di Surabaya, Indonesia menangkap isterinya sedang berdua-duaan dengan rakannya sendiri di rumah mereka ketika waktu sahur, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Lebih menyedihkan adalah apabila kedua-dua pasangan kekasih itu tidak menunjukkan reaksi menyesal, malah mereka mengakui saling mencintai.



Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki bernama Chotib berkata, dia menangkap isteri dan rakannya berkhalwat di rumah mereka ketika pukul 2 pagi (waktu tempatan).

“Pulang sahaja dari kerja, saya diberi ‘kejutan’ oleh isteri pada pukul 2 pagi. Dia berdua-duaan dengan kekasihnya iaitu rakan saya sendiri,” kata Chotib.

Kedua-dua pasangan kekasih itu dilihat tidak menunjukkan reaksi takut dan menjawab segala soalan daripada Chotib dengan bersahaja.

“Anda mahu berpisah dengan saya? Anda telah curang bersama Darno,” kata Chotib.



“Ya,” jawab isterinya sambil memalingkan muka daripada Chotib.

Ketika ditanya adakah dia mencintai kekasihnya, si isteri menjawab: “Ya, cinta.”

Dia bahkan tidak takut apabila Chotib mengugut untuk memberitahu ibu bapa wanita tersebut mengenai perkara itu.

“Beritahu sahaja. Saya tidak malu, mengapa saya perlu malu?” ujarnya.



Chotib dan isterinya dikatakan mempunyai seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan mereka. Agensi

Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker