Ngeh maafkan pelaku tapi dakwa PN yang api-apikan

Ngeh maafkan pelaku tapi dakwa PN yang api-apikan

Anggota parlimen Beruas Ngeh Koo Ham memaafkan pihak yang melontar bom botol sehingga menyebabkan kebakaran yang merosakkan kereta dan rumahnya.

Bagaimanapun dia menuding jari kepada PAS dan Bersatu yang didakwanya mengapi-apikan isu supaya orang membencinya.



Ngeh mendakwa serangan yang bertujuan untuk membakar kediamannya itu dipercayai berpunca daripada kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan supaya bukan Islam menganggotai jawatankuasa mengkaji perundangan syariah.

“Saya tak ada gaduh dengan mana-mana pihak, tak ada telingkah, jadi dalam keadaan terkini semua aman tenteram. Saya rasa satu-satu kemungkinan besar berbangkit (merujuk) kepada kenyataan media saya jekuarkan pada 28 Dis.

“Mereka mengapi-apikan orang, menghasut orang untuk membenci. Kerana kita tahu akibat kebencian ialah keganasan.

“Bagi saya, saya syaklah, kalau tidak kenapa orang nak bakar saya punya kereta, saya punya rumah, nak bakar kalau saya dalam rumah nak bagi saya mati dalam rumah,” katanya dalam sidang media di pejabat DAP, hari ini.



Jelasnya berdasarkan beberapa kenyataan pemimpin PAS dan Bersatu jelas meniup kebencian terhadapnya.

Awal pagi tadi rumah Ngeh dilontar dengan bom botol, menyebabkan kebakaran yang merosakkan tiga buah kereta dan bumbung anjung.

Ketika kejadian Ngeh dan isterinya dilaporkan tidur.

Mereka hanya tersedar apabila dikejutkan oleh pasangan yang lalu di depan rumahnya di Ayer Tawar, Ipoh dan membunyikan loceng,



Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan khianat dengan api. Polis sedang mengesan suspek jenayah itu.

Setakat ini belum jelas motif perbuatan itu.

Bagaimanapun, Ngeh sebelum ini terpalit dalam kontroversi selepas mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Berdepan kritikan keras pengkritik, dia kemudian menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.



Sementara itu, Ngeh menasihatkan pihaknya yang membuat khianat kepadanya supaya bertaubat dan tidak menjadi alat kepada pihak tertentu.

Selain menegaskan dia bukan anti-Islam, Ngeh berkata dia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak termasuk orang Melayu.

“Kalau mereka telah terpesong kerana kepalsuan dan fitnah yang telah dilakukan oleh setengah pihak. Mereka lakukan (perbuatan) ini bertaubatlah, saya maafkan.

“Hiduplah (dengan) gembira jangan buat perkara ini sehingga anda terpaksa sembunyikan diri, takut dijumpai bukan cara dia.



“Jangan diperdayakan mana-mana pihak,” katanya lagi.

Ngeh menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya. Mk

Ngeh maafkan pelaku tapi dakwa PN yang api-apikan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker