Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru

Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru

PELAWAK dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu menarik nafas lega apabila tiada nyawa yang terkorban ketika kedai air miliknya yang terletak di Ipoh, Perak dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menerusi laman sosial Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, memuat naik foto selepas insiden tersebut berlaku menyaksikan hampir keseluruhan depan kedainya roboh akibat dirempuh.



Jelas Shuib lagi, bagaimana rempuhan sehingga menyebabkan bahagian depan kedai musnah masih lagi di dalam siasatan.

“Kejadian di outlet BubbleBee Meru, Ipoh. Tak tau macam mana boleh jadi, tengah siasat. Mungkin pemandu ingat outlet ni drive thru.
“Tapi alhamdulillah semuanya ok. Tiada kemalangan jiwa. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat kaunter hadapan, kaunter buat air dan kabinet dapur mengalami kerosakan selepas dihentam teruk daripada hadapan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sedih melihat kemusnahan tersebut namun mendoakan yang baik-baik sahaja bagi pihak kedai dan pemandu kenderaan tersebut.



“Ada yang lebih baik menanti. Insyallah, amin ya rabb,” komen Anuar Zain.

“Semua ada hikmahnya. Mungkin ni idea untuk kau buat drive thru pula,” kata seorang wargamaya.

“Ni mesti alasan tertekan minyak atau brake rosak? Apa pun benda dah jadi, reda je la,” ujar seorang wargamaya.

“Baru je pergi sini beberapa hari lepas. Semoga semuanya dipermudahkan,” kata seorang wargamaya.



“Harap dapat selesaikan dengan baik, syukur takda yang terkena. Semoga semua urusan dipermudahkan,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 59,000 tanda suka daripada pengikutnya. Aw

Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal



PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker