Lelaki tanam pokok pisang di tengah jalan

 

Seorang lelaki Jepun menanam tiga pokok pisang di tengah jalan utama Bandar Kurume dan menyiramnya setiap hari selama dua tahun, lapor laman berita Oddity Central.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dari bandar Kurume itu diarah mengalihkan pokok pisang yang dijaganya selama beberapa tahun atau membayar denda 550,000 yen (RM17,185).

“Saya rasa sunyi tanpa pokok pisang cantik saya,” kata lelaki itu kepada wartawan selepas terpaksa mengalihkan tiga pokok pisangnya.



Pokok pisang Kurume itu mendapat perhatian seluruh negara selama berminggu-minggu dan pada hari penyingkirannya, kru berita dari saluran berita utama berada di lokasi kejadian.

Mereka menemu bual lelaki itu dan melihatnya cuba memakan sebiji pisang mentah daripada pokok tersebut.

Dua pokok pisang itu kemudian diberi kepada pemilik baharu. Ia ditanam di taman milik seorang lelaki berusia 80 tahun, manakala pokok ketiga diberikan kepada seorang rakan Kurume sebagai hadiah hari lahir.  – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker