59 dicekup berhibur sambil ambil dadah

Seramai 59 individu dicekup selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di kawasan Melaka Raya, di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 3 petang itu, kesemua yang ditahan berusia antara 20 sehingga 50 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan telah dibuat oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.



“Bertindak atas maklumat orang awam, satu serbuan telah dilakukan di pusat hiburan tersebut dan seramai 108 individu telah diperiksa.

“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan mendapati 30 daripada pengunjung lelaki dan 29 wanita positif dadah jenis ketamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kesemua individu terlibat ditahan dan direman selama empat hari sehingga 2 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker