Penyokong Kelantan ‘naik hantu’ selepas pasukan dibelasah 11-2 oleh Selangor FC [VIDEO]


Penyokong Kelantan FC membakar suar di luar Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

PETALING JAYA: Segelintir penyokong Kelantan FC membakar suar di luar Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, sebagai protes kekalahan terbesar kepada Selangor FC malam tadi.

Dalam aksi perlawanan ke-21 Liga Super itu, Kelantan “dibelasah” Selangor FC 11-2 di gelanggang sendiri

Beberapa hantaran video berdurasi lapan hingga 12 saat menunjukkan sekumpulan penyokong dengan percikan api melaungkan kata-kata mahu pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman melepaskan The Red Warriors, menurut Harian Metro.

Tindakan itu dipercayai dilakukan penyokong di tempat letak kereta berhadapan stadium ketika perlawanan masih berlangsung



Bagaimanapun, situasi itu dapat dikawal dan hanya berlangsung beberapa minit sebelum ditenteramkan anggota polis.

Kekalahan terbesar itu turut meninggalkan kesan ke atas penjaga gol Kelantan, Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi yang kelihatan terlalu sedih sehingga terpaksa dipapah keluar rakan sepasukan selepas wisel penamat dibunyikan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRW Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid, dalam hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya akan bertanggungjawab penuh terhadap kekalahan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker