Dakwaan UMNO bakal berkubur dalam PRK, Zahid kata kegilaan Sanusi tidak boleh dipertikai

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi memperolokkan kenyataan pengarah pilihan raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Umno bakal “berkubur” dalam dua pilihan raya kecil (PRK) di Johor.

“Tanyalah dia kenapa dia cakap macam tu. Saya tak ada hak untuk mempertikaikan kegilaan seseorang,” kata Ahmad Zahid sambil tertawa kepada pemberita di luar Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sanusi semalam yang mendakwa Johor bukan lagi kubu kuat BN dan PN bakal menewaskan pencabarnya di parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.



Sanusi dilapor berkata pengundi akan terus menolak Umno dalam PRK itu disebabkan kerjasama parti itu dengan PH dan pengerusinya, Anwar Ibrahim.

“Sampai masa sudah, BN-PH akan terbalik dengan gelombang ini. Di sana (Johor) dilahirkan di sana juga kuburnya. Bukan lagi kubu kuat,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Terdahulu Ahmad Zahid bersama pemimpin dan penyokong BN dan PH mengiringi calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bharu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker