PRK Pulai, Simpang Jeram: Sah pertempuran 3 penjuru

PETALING JAYA: PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan bebas.

Calon PH Suhaizan Kaiat akan berdepan Zulkifli Jaafar daripada PN dan Samsudin Mohamad Fauzi (bebas) bagi kerusi Pulai.

Suhaizan adalah bekas speaker DUN Johor, naib pengerusi Amanah negeri dan ketua Amanah Pulai.



Manakala Zulkifli, usahawan kelahiran Tampoi adalah timbalan ketua Bersatu Pulai.

DUN Simpang Jeram pula menyaksikan calon PH Nazri Abdul Rahman berdepan Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan Jeganathan Subramaniam (bebas).

Nazri adalah timbalan ketua Amanah Bakri, manakala Mazri, pakar bedah vaskular dan endovaskular adalah timbalan pesuruhjaya PAS Johor merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

PRK kedua-dua kerusi itu diadakan susulan kekosongan luar jangka kerana kematian penyandangnya Salahuddin Ayub, 23 Julai lalu.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada 5 Sept dan 9 Sept sebagai hari mengundi.

Pada PRU14, Salahuddin merampas Pulai daripada Barisan Nasional  dengan kelebihan 28,924 undi. Beliau menewaskan dua pencabar lain dengan 33,174 undi pada PRU15 dengan memperoleh 64,900 berbanding calon BN, Nur Jazlan Mohamed (31,726) dan calon PN, Loh Kah Yong (20,677).

DUN Simpang Jeram yang terletak dalam Parlimen Pulai mempunyai sekitar 55% pengundi Melayu. Ia pernah dimenangi PAS pada PRU12 dan PRU13.



PH merampasnya pada PRU14 dengan majoriti 7,687 undi. Gabungan itu mempertahankan kerusi tersebut pada PRN Johor 2022, menyaksikan kelebihan undi berkurangan kepada 2,399.

Pada PRN Johor 2022, Salahuddin memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon BN, Lokman Md Don (6,062) dan Zarul Salleh daripada PN (6,350).

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker