Usahawan nelayan boleh mohon pinjaman Tekun Nasional

Usahawan nelayan boleh mohon pinjaman Tekun Nasional

KUALA SELANGOR: Nasib nelayan terus dibela apabila selain dianggap sebagai sebahagian daripada keusahawan, pelbagai kemudahan terus diberikan kepada golongan itu termasuk pinjaman kepada mereka sekiranya memerlukan.

Tawaran itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, agensi di bawah kementerian tersebut, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Malaysia (Tekun Nasional) bersedia membantu golongan terbabit yang mahu membuat pinjaman.



“Macam hari ini, ada beberapa nelayan yang mendapat geran daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), namun mungkin mereka rasa tak cukup untuk beli kelengkapan bagi menangkap ikan.

“Jadi, mereka boleh buat pinjaman dengan Tekun dan Insya-Allah, saya akan permudahkan urusan mereka,” katanya selepas merasmikan majlis Road To Jubli Emas 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) peringkat Selangor di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Selangor, di sini.

Sementara itu, Noh menggalakkan nelayan di daerah Kuala Selangor supaya menceburi bidang keusahawanan, di samping menjadi nelayan sepenuh masa.

Menurutnya, bidang keusahawanan mampu menjana pendapatan tambahan kepada mereka, sekaligus dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka.



“Kuala Selangor sentiasa dilawati pelancong dari dalam dan luar negeri, jadi nelayan perlu ambil kesempatan ini.

“Mereka boleh membawa pelancong yang memancing di sekitar sungai ini menggunakan bot mereka, jadikan mereka bot berhias dan lain-lain cabang keusahawanan,” ujarnya. Utusan

Usahawan nelayan boleh mohon pinjaman Tekun Nasional


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker