Mimi Lana dan Syafiq buat persiapan perkahwinan

Mimi Lana dan Syafiq buat persiapan perkahwinan

Pelakon Syafiq Kyle, 30, mengesahkannya dan teman wanita yang juga pelakon, Mimi Lana bakal mendirikan rumah tangga, tahun ini.

Namun, Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, tarikh pernikahan belum boleh dikongsikan memandangkan persiapan sedang berjalan.



“Alhamdulillah, satu persatu langkah kami sudah lakukan. Menangis juga bila banyak berhabis, tetapi saya percaya bila mahu melakukan perkara baik, Allah SWT pasti meluaskan rezeki dan memudahkan urusan.

“Insya-Allah, majlis akan berlangsung, tahun ini. Cuma, saya tidak berani untuk menyebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

“Memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan, insya-Allah, tahun ini,” katanya.

Syafiq ditemui majlis pra pelancaran dan sidang media Absolut Bazar x Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), semalam.



Dalam pada itu, Syafiq turut berkongsi perasaan teruja bakal bergelar suami tidak lama lagi.

Mengulas soal persiapan, Syafiq berkata, dia tidak mahu terkejar-kejar menyelesaikan semuanya dan mengambil masa untuk mempersiapkan satu demi satu.

“Soal persiapan, saya selesaikan perkara wajib terlebih dahulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.

“Saya sudah selesaikan, hal wajib lain seperti pendaftaran perlu saya tengok masa sesuai dan sebagainya. Sebab itu, saya tidak boleh berikan tarikh, ia mungkin boleh berubah,” katanya.



Ditanya persiapan Mimi, Syafiq berkata semuanya berjalan lancar dan mohon orang ramai mendoakan kelancaran urusan mereka.

“Apa yang dilihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci dalam soal persiapan.

“Mimi lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya. Insya-Allah, semoga urusan kami dipermudahkan.

“Mohon doa yang baik-baik,” katanya. BH



Mimi Lana dan Syafiq buat persiapan perkahwinan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki



Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker