Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 16, mengundang perhatian ramai gara-gara hantaran beremosi yang didakwa ditujukan kepada pelakon lain seperti dimuat naik dalam Instagram Story (IGs), baru-baru ini.

Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish berkata, ia susulan tindakan seorang pelakon remaja sering memperlekehkannya dalam media sosial sejak sekian lama.



Biarpun tidak menyebut nama sesiapa, ada beranggapan ia ditujukan kepada pelakon remaja, Qistina Raisah, 14.

Bagaimanapun, Puteri Balqis enggan mengiya atau menafikannya, malah hanya menegaskan tidak gemar terhadap individu sering mengamalkan sikap ‘play victim’.

Puteri Balqis berkata, ia bukanlah ditujukan kepada Qistina kerana bukan dia seorang sahaja dalam Malaysia berlakon pada usia berkenaan.

“Saya tidak tahu mengapa nama saya yang menjadi bualan, sedangkan tidak pernah memetik nama sesiapa pun.



“Setahu saya, tiada nama siapa pun disebut dalam hantaran di IGs. Jadi, saya tidak tahu mengapa seseorang perlu bercakap lebih.

“Saya juga tidak suka untuk bercakap banyak, malah lebih memilih bercakap sekali sahaja,” katanya kepada BH Online.

Aktres yang pernah diangkat Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia Ke-19 pada 2014 itu berkata, dia bukan jenis hari ini bergaduh, esok muat naik dalam media sosial.

“Apa yang diluahkan kerana berlaku sejak dahulu lagi dan sering diulang-ulang.



“Sebenarnya, saya berpegang kepada prinsip tidak akan bersuara sehingga belum dapat dipastikan individu diperkatakan atau diperlekehkan itu adalah saya.

“Sama ada, dia sebut atau tidak nama, saya akan berdiam diri melainkan kalau sudah melampaui batas, jadi kali ini sudah mencapai tahap itu,” katanya.

Mengulas ada pihak sengaja memburukkan orang lain, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin (ASK) Ke-18 itu berkata, dia bukan burukkan sesiapa, cuma mahu menegur individu yang hanya ingin dilihat baik.

“Saya juga tidak akan berdiam diri apabila sudah kena pelbagai perkara. Kadang-kadang saya juga perlu bersuara mengenai hal ini.



“Apa yang terjadi sebenarnya sudah bertahun-tahun. Kebiasaannya, saya akan tahan sehingga sesuatu perkara sudah melampaui batas.

“Saya akan bersuara sebab saya juga manusia biasa walaupun bergelar selebriti. Saya juga ada emosi seperti manusia lain,” katanya.

Menyentuh respon ibu terhadap apa yang berlaku, Puteri Balqis berkata, ibunya hanya menyerahkan kepadanya untuk menyelesaikan perkara ini.

“Mak tidak masuk campur sangat perkara kecil seperti ini, dia hanya mengatakan bahawa apa yang berlaku adalah pengalaman untuk diri saya.



“Cuma, kalau ia sudah menjadi besar, barulah mak akan campur tangan.

“Isu ini tidaklah mengganggu karier seninya. Sebab minat saya hanya berlakon, bukannya mahu menjadi terkenal atau orang yang disanjung,” katanya. BH

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya

“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker