‘Mahu Berbakti Kepada Penduduk’ ,Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tidak Tolak Bertanding PRU15

‘Mahu Berbakti Kepada Penduduk’ ,Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tidak Tolak Bertanding PRU15

TASEK GELUGOR: Mahu berbakti kepada penduduk antara faktor utama bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad turun padang pada program kemasyarakatan membantu rakyat di sini, hari ini.

Dalam masa sama, beliau yang juga Penasihat Kehormat Kelab Anak-Anak Pulau Pinang tidak menolak sekiranya rakyat mahukan beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.



Mengulas lanjut, anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak terlibat dengan politik dan bukan ahli kepada mana-mana parti.

Menurut Dzulkifli, penglibatannya dalam kerja-kerja kemasyarakatan dibuat di Tasek Gelugor dibuat atas kapasiti peribadinya sebagai Penasihat Kelab Anak-Anak Pulau Pinang dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Tasek Gelugor, kata Dzulkifli, merupakan tempat beliau dibesarkan.

“Saya tidak terlibat dengan politik dan bukan ahli mana-mana parti politik tetapi saya tidak menolak kalau sekiranya ada kehendak rakyat Tasek Gelugor yang nak saya bertanding… saya tidak menolak kehendak tersebut.

“Apa pun program yang kita jalankan hari ini kita akan buat (secara) berterusan (sama ada) ada plihan raya atau tidak, kita telah ada peruntukan untuk adakan program ini secara berterusan Insya-Allah,” kata Dzulkifli.



Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengagihkan ikan kembung kepada salah seorang penduduk Tasek Gelugor hari ini. – Gambar Astro AWANI

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau akan bertanding pada PRU akan datang selepas kedengaran ura-ura mengenai perkara itu.

Terdahulu, Dzulkifli menyantuni rakyat Tasek Gelugor apabila mengagihkan lebih satu tan ikan kembung yang dibungkus dalam plastik seberat lebih satu kilogram (kg) kepada penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya di kawasan tersebut.



Dzulkifli berkata, tujuan program tersebut diadakan bagi meringankan beban penduduk setempat khususnya susulan peningkatan harga barang termasuk ikan pada ketika ini.

“Pada hari ini saya telah menjalankan progam bersama rakyat untuk bantu meringankan sedikit sebanyak bebanan rakyat di Tasek Gelugor. Insya-Allah pejabat saya akan adakan program secara berterusan bagu meringankan beban masyarakat khususnya di Tasek Gelugor,” ujar beliau lagi.

Pengagihan ikan secara percuma itu turut disertai pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi (UAK) diadakan di hadapan Maahad Tahfiz As Syafee (Matas) di sini.

Selain Matas, pengagihan ikan percuma itu turut dibuat di hadapan pejabat Dzulkifli di Jalan Pokok Sena.



Pada Mei 2018, Dzulkifli meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan berikutan kemenangan pada PRU14 lalu.

Dzulkifli, 54, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).-AA

Mahu Berbakti Kepada Penduduk’ ,Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tidak Tolak Bertanding PRU15



Jika  mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker