HFMD makin membimbangkan

SETELAH kes Covid-19 dilihat agak terkawal di seluruh negara, kerajaan akhirnya membuat beberapa kelonggaran termasuk membenarkan sekolah kembali dibuka semula seperti biasa. Begitu juga dengan taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska).

Namun keputusan yang dibuat kerajaan mengundang sedikit kebimbangan kepada ibu bapa sejak akhir-akhir ini apabila satu lagi penyakit iaitu penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) meningkat secara mendadak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes HFMD menyaksikan peningkatan sebanyak 15 kali ganda dengan merekodkan sebanyak 31,661 kes sehingga 14 Mei lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.



“Berbanding dengan Covid-19, jumlah kematian HFMD tidaklah begitu tinggi. Pada tahun 2019, jumlah kes HFMD di China adalah sebanyak 1.92 juta dengan 20 kematian dicatatkan. Dengan kata lain, hanya satu kematian dalam 100,000 kes,” tulis ruangan Lidah Pengarang Sin Chew Daily.

Bagaimanapun, tulis akhbar itu, tahap penularan HFMD sebenarnya perlu diberi perhatian serius terutama sekali di tempat-tempat yang menjadi tumpuan kanak-kanak berkumpul seperti di tadika dan taska.

“HFMD lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. HFMD mempunyai simptom demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Sekiranya berada di tahap serius, kanak-kanak boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

ELAK TEMPAT AWAM



“Maka tidak hairanlah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Dr Noor Hisham telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan kes HFMD ini. Ibu bapa yang mempunyai anak-nak kecil dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga seperti membasuh tangan selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.

“Khairy Jamaluddin sendiri mengakui kes HFMD mencatatkan peningkatan membimbangkan dan Jabatan Kesihatan Negeri telah diarah untuk menjalankan tindakan intervensi selain hebahan Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan HFMD di kawasan mereka.

“Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai orang seperti kolam renang, pasar dan pusat beli-belah,” tulis akhbar itu lagi.

Majoriti lokasi penularan wabak ini berlaku di tadika, taska atau pra-sekolah, namun terdapat juga wabak di rumah persendirian dan pusat jagaan kanak-kanak. HFMD banyak menjangkiti kumpulan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 29,781 kes dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun sebanyak 1,473 kes.



“Penularan penyakit ini berlaku dengan pantas dan kadar jangkitan adalah hampir 100 peratus bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun terutamanya di premis tumpuan kanak-kanak.

“Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa dapat memastikan sekiranya ada anak-anak mereka yang mempunyai tanda jangkitan supaya tidak membawa mereka ke tempat awam sebaliknya segera berjumpa doktor dan mengamalkan amalan kebersihan yang sewajarnya,” ujar Sin Chew Daily lagi.

Menurut laporan, sebanyak 12 pusat jagaan kanak-kanak di Melaka telah ditutup selepas mencatatkan 1,378 kes HFMD setakat 14 Mei lalu.

Menurut akhbar itu lagi, Kementerian Kesihatan dilaporkan telah dan sedang memantau situasi HFMD ini secara serius. Semua pihak diharap memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan ia tidak terus merebak.



“Kita telah berjaya mengawal Covid-19 secara berkesan. Semangat dan kerjasama seperti itu perlu diteruskan oleh masyarakat ketika menghadapi ancaman HFMD ini. Jagalah kesihatan dan melindungi keselamatan anak-anak kecil kita,” nasihat akhbar itu.

* Ong Boon Teck ialah Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker