Tidak Lagi Berteduh Di ‘Reban Ayam’

Tidak Lagi Berteduh Di ‘Reban Ayam’

Jertih: Selepas tujuh tahun berteduh di rumah yang dikelilingi reban ayam, tahun ini dianggap rahmat besar buat Hashim Hamzah apabila menerima sebuah rumah baharu di bawah projek Rumah Asnaf Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (Muszleem) Malaysia.

Jika selama ini Hashim, 61, tinggal dalam keadaan serba daif, kini dia mampu tersenyum lebar dapat mendiami rumah yang jauh lebih selesa dengan dilengkapi kemudahan asas bekalan air dan elektrik.



Hashim berkata, bantuan rumah baharu itu juga menjadi hadiah Aidilfitri paling bermakna baginya tahun ini selepas bertahun-tahun beraya dalam pondok.

“Jika diikutkan pondok yang saya diami itu juga pernah dijadikan reban ayam tetapi rakan membenarkan saya membaiki tempat itu untuk dijadikan tempat tinggal.

“Kini, hidup saya berubah dengan pemberian rumah baharu ini, saya sangat berterima kasih,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Domestik Muszleem, Mohd Izzat Mohd Zubir berkata, kos pembinaan rumah itu berjumlah RM40,000.

“Projek pembinaan rumah baharu itu dilaksanakan pada Februari dan siap sepenuhnya pada April lalu,” katanya.-HM



Tidak Lagi Berteduh Di ‘Reban Ayam’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker