Muafakat Nasional, Tuan Ibrahim masih lagi mahu berunding

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerjasama parti berkenaan dengan UMNO menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN) kini tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan MN masih bernyawa dan Jawatankuasa Induknya (JK Induk MN) perlu mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju kerjasama Pas dan UMNO berkenaan.

“MN masih ada nyawa. Kenyataan beliau (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) untuk mengadakan perbincangan di peringkat pimpinan perlu disusuli oleh JK Induk MN.

“Pas melihat perlunya agenda penyatuan ummah ini diteruskan, terkadang ia lebih penting daripada hanya perbincangan kerusi pilihan raya,” katanya kepada Sinar Premium.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid pada Sabtu yang mendedahkan MN kini ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ berikut perang dingin antara pemimpin Pas dan UMNO, sejak kebelakangan ini.

Berikutan itu, Tuan Ibrahim berkata, isu kerjasama Pas dan UMNO juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi mengelak pertembungan yang boleh merugikan parti Melayu/Islam.

Beliau berkata, perbincangan berkenaan penting bagi memastikan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri seperti terjadi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam parti dan PN, bagi mengelak pertembungan yang merugikan semua pihak khususnya parti Melayu Islam di negara ini.

“Kita perlu mencari titik persamaan, dengan kaedah kalau tidak boleh sepakat semua, jangan bertembung semua. Dalam PRU14, UMNO ada dua negeri dan Pas juga dua negeri. Kalau UMNO lawan Pas di dua negeri, maka Pas juga perlu bersedia berlawan di dua negeri yang dimenangi oleh UMNO.

“Apakah ia muktamad? Ia masih terbuka untuk runding, kalau UMNO setuju untuk muafakat. Di samping itu, ada beberapa kerusi yang perlu persepakatan agar tidak terjadi ‘menang jadi arang, kalah jadi abu’ sekaligus menyebabkan kedua-dua parti mengalami kerugian,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker