KKM Tak Galak Rawatan Alternatif Guna Serbuk Kunyit, Daun Semambu Rawat HFMD

KKM Tak Galak Rawatan Alternatif Guna Serbuk Kunyit, Daun Semambu Rawat HFMD

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menggalakkan penggunaan kaedah rawatan tradisional atau alternatif seperti menggunakan serbuk kunyit dan daun semambu untuk merawat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Sebaliknya, adalah lebih baik ibu bapa terus berjumpa doktor sekiranya anak-anak mereka mempunyai simptom jangkitan penyakit berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, paling utama ialah kanak-kanak yang terkena penyakit itu diberi minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.

Menurut beliau, ini adalah kerana, kanak-kanak yang dijangkiti HFMD akan terkena ruam serta lepuh (gelembung bendalir pada kulit) serta ulser di mulut.

“Itu memang tanda-tanda utama dia (kanak-kanak) tak nak makan, minum pun tak nak… jadi itu bahaya, pastikan anak-anak banyak minum, pastikan banyak minum air.

“Kalau tidak boleh minum langsung dan sebagainya memang perlu berikan secara suntikan intavena… maknanya kena pergi ke hospital sebab kita tak nak anak-anak jadi lemah, jadi lemah sebab itu saja (dan) kebanyakan yang kena kanak-kanak bawah 10 tahun,” jelas beliau.

Dr Noor Azmi berkata demikian ketika ditemui di majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini, pada Ahad.

Menurut Dr Noor Azmi, setakat ini tiada rawatan khusus dari segi segi sains untuk merawat penyakit HFMD.

Katanya, walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan, namun negara ketika ini sedang melalui fasa epidemik atau wabak HFMD.

Ini berikutan kes HFMD di seluruh negara meningkat secara mendadak kepada lebih 7,526 kes pada minggu ke-19 tahun ini yang berakhir 14 Mei lalu, berbanding hanya 1,676 kes minggu sebelumnya.

HFMD adalah penyakit yang sering berjangkit di kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan virus daripada kumpulan Enterovirus yang merebak melalui sentuhan dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh dan najis pesakit.

Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD biasanya menunjukkan satu atau lebih simptom seperti demam, ruam, melepuh lada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah di samping berkemungkinan mengalami muntah, cirit birit dan kurang selera makan.-HM/AA

KKM Tak Galak Rawatan Alternatif Guna Serbuk Kunyit, Daun Semambu Rawat HFMD

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker