Lelaki berkopiah selak kain, kencing belakang kereta orang cemar imej Islam

Tindakan seorang lelaki berkopiah yang memakai baju Melayu serta berkain pelekat membuang air kecil di belakang bot kereta orang telah mendapat kecaman ramai apabila rakaman aksinya itu tersebar di media sosial.

Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik pengguna Twitter @amer7211, jelas memaparkan lelaki berkenaan berjalan seorang diri dan kemudian menghampiri sebuah kereta jenis Perodua Axia sebelum menyelak kain pelekatnya dan kencing berdiri.

Sebaik sahaja selesai ‘melepaskan hajat’, lelaki berkenaan terus berlalu pergi tanpa rasa bersalah.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dan berang dengan tindakan tidak senonoh lelaki berkenaan yang dilihat jelas memburukkan imej seorang muslim.

“Pakai baju Melayu dan cantik, pakai kopiah dah bagus, yang buruk adab kau bro (abang), tang kau kencing dekat kereta orang kenapa?,” soal Zabidin.

“Agaknya tak tahan sangat pun, cari la longkang, bukan basuh kereta orang lain dengan najis kau, dapat kat aku memang aku bomohkan air kencing kau bang,” tegur seorang pengguna Twitter lain.

“Pokok pisang kawasan rumput tu kan boleh, kereta orang juga kau sasar,” kata Jack. –



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker