Polis ambil keterangan suami Fatin Afeefa

Polis ambil keterangan suami Fatin Afeefa

Polis mengambil keterangan suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu di sebuah kereta Mclaren miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Saleh berkata, pemilik kenderaan mempamerkan nombor pendaftaran QPA 1 sudah diambil keterangan oleh Pegawai penyiasat JSPT di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur semalam.



“Kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan ‘supercar’ pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Susulan itu, JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular itu tampil membuat laporan.



Bagaimanapun, lelaki itu menafikan dia dipanggil keterangan berkaitan isu tersebut. Utusan

Polis ambil keterangan suami Fatin Afeefa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker