Ibnor Riza kuatkan semangat demi keluarga

Ibnor Riza kuatkan semangat demi keluarga

Penyanyi Ibnor Riza, 62, terpaksa menolak 15 pertunjukan termasuk yang terbaru di Singapura bulan lalu selepas disahkan menghidap penyakit kanser limfomia.

Menurut Ibnor Riza, buat masa ini dia berehat di rumahnya di Taman Intan Duyung, Port Dickson dan perlu mengikuti sesi perubatan kimoterapi di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.



“Saya perlu kuatkan semangat demi anak-anak dan isteri, Sarimah Sulaiman, 51, yang menjaga saya dan menyerahkan takdir kepada Allah.

“Mulanya ada bengkak kelenjar di leher, saya buat tak tau, ingatkan kelenjar biasa yang kecil, lama kelamaan dia membengkak besar dan mula terasa sakit sebelum membuat pemeriksaan di hospital,” kata pelantun lagu Meneka Dalam Kesamaran itu.

Katanya, sebelum disahkan mengalami kanser tahap empat oleh doktor, dia masih aktif menerima undangan menyanyi di seluruh negara termasuk sebuah konsert di ExPlanet Singapura yang sepatutnya pada 3 Mac lalu.

“Saya dimaklumkan tiket sudah habis dijual tetapi kerana masalah kesihatan ini, saya terpaksa menolaknya namun saya memberitahu penganjur agar tempatnya itu digantikan dengan Datuk Malek Ridzuan.” Alhamdulillah, konsert itu dengarnya berjaya kerana saya tahu sahabat saya, Datuk Malek Ridzuan mampu menggalasnya selepas terpaksa menolak tugas itu,” katanya.



Ibnor Riza berkata, sejak lima bulan ini, dia hilang punca pendapatan dan hanya bergantung kepada sedikit simpanan sepanjang bergelar penyanyi.

“Saya menyanyi bermula dari tahun 1986 dan sejak itu saya tidak melakukan sebarang pekerjaan lain malah rumah yang saya duduk ini pun adalah rumah yang dibeli anak saya.

“Kalau orang tengok, memang saya ada sebuah kereta jenis Mercedes lama tetapi ia dibeli lama dahulu ketika aktif menyanyi dan anak bongsu masih bersekolah,” katanya.

Tambahnya, dia turut berterima kasih kepada Persatuan Karyawan Malaysia dan artis veteran DJ Dave yang turut membantu.



“Saya bukan jenis meminta-minta tetapi sekarang memang saya tiada pendapatan dan tidak menolak jika ada yang nak membantu.

“Ketika mula-mula pindah saya pernah pengsan tetapi nasib baik ketika itu jatuh di atas rumput,” katanya.

Ibnor Riza berkata, dia juga cuba berpuasa tetapi keadaan tidak membenarkan hingga dia menggigil dan perlu memakan ubat.

“Saya cuba menguatkan semangat dan biasanya tidur awal sebelum bangun tengah malam dan mengaji Al-Quran sehingga masuk waktu solat Subuh.



“Sebelum ini, saya pernah mendapatkan rawatan di Hospital Antarabangsa UCSI di Bandar Springhill, Port Dickson dan keputusannya doktor memberitahu usus saya sudah rosak, paru-paru juga luka.

“Doktor juga memberitahu saya kena kanser limfomia tahap 4, ia aktif kanser sudah merebak dan tidak boleh buat pembedahan hanya terus mendapat rawatan doktor pakar akan buat kimoterapi,” kata Ibnor Riza yang turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang turut melawat dan memberikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan Harian. HM

Ibnor Riza kuatkan semangat demi keluarga

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker