Ketua Puteri Umno Kelantan ganti Annuar di Ketereh

#PRU15

Ketua Puteri Umno Kelantan ganti Annuar di Ketereh

Penyandang Parlimen Ketereh Annuar Musa mendedahkan Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, ditawarkan menggantikannya di kerusi itu.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Marzuani yang juga ketua Puteri Umno Ketereh.



“Ketua Puteri Umno itu dipanggil mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan parti sebelum ini tanpa pengetahuan saya.

“Selepas itu, ketua Puteri Umno itu merujuk tawaran berkenaan kepada saya. Saya tidak tahu sama ada beliau menerimanya atau tidak,” katanya pada sidang media.

Annuar berkata, beliau menasihati Marzuani untuk bertanding jika yakin mampu mengekalkan kerusi itu milik Umno.

“Saya cuma kata tanya hati sendiri dan kalau berasakan mampu menang, maka bertandinglah, kalau kita rasa menang, kita boleh sumbang satu kerusi untuk parti, itu yang sebaik-baiknya.



“Jangan bertanding semata-mata hanya untuk bertanding,” katanya.

Kenyataan Annuar Musa jelas menunjukkan dia kecewa tidak dicalonkan semula.

Annuar Musa sudah lama di situ, sepatutnya dia beri galakan serta sokongan kepada calon baru yang mampu membawa perubatan yang lebih baik.

Annuar Musa kena ketepikan keinginan untuk terus kekal berkuasa.



Ketua Puteri Umno Kelantan ganti Annuar di Ketereh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker