‘Abang Rambut Perang’ akui otak jem mahu terima hadiah motor, cadang beri orang memerlukan [VIDEO]

PETALING JAYA – Penyokong setia Harimau Malaya, Derrick Gan, 30, mengakui dia kini masih belum dapat membuat sebarang keputusan berhubung hajat pemilik sebuah bengkel motosikal yang mahu menghadiahkannya sebuah motosikal baharu jenis Honda RS150.

Dia yang popular dengan gelaran ‘Abang Rambut Perang’ sebelum ini mencuri tumpuan ramai apabila tular reaksi sedang menangis kegembiraan ketika menyaksikan perlawanan akhir Kumpulan E, Malaysia menentang Korea Selatan saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Qatar semalam.

Katanya, dia tidak bercadang untuk menerima motosikal tersebut dan mahu memberikan hadiah itu kepada individu yang lebih memerlukan.



“Saya rasa saya tidak akan terima (hadiah motosikal baharu) sebab kalau saya terima nampak macam orang jahat kan.

“Maybe is the best for (mungkin yang terbaik adalah untuk)…saya sendiri belum pasti lagi sebab sekarang ini masih blur (kurang pasti), otak jem orang kata, tak boleh fikir lurus lagi.

“Saya mungkin akan buat sesuatu, untuk beri kepada orang lain yang lebih memerlukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain reaksinya yang menyentuh hati ramai, Derrick juga menjadi sebutan apabila dia sanggup menjual motosikalnya demi berada di bumi Qatar untuk bersama-sama memberi semangat kepada skuad negara.



Bagi menghargai pengorbanan yang dilakukan anak jati Bandar Hilir, Melaka itu, pemilik Ahmad Motorworks, Ahmad Alhafiz Najmi tampil menyuarakan hasrat untuk menghadiahkan sebuah motosikal bernilai kira-kira RM6,000 kepada Derrick dan proses penyerahan dijangka pada Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker