Pemandu wanita halang ambulans di MRR2 didakwa hidap gangguan mental

KUALA LUMPUR – Pemandu wanita yang menghalang ambulans di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, semalam, didapati mempunyai masalah psiakitri (mental).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu ambulans telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Susulan laporan itu, pihak polis berjaya mengesan pemandu berusia 41 tahun dan telah dibawa ke balai polis trafik bagi tujuan siasatan.



“Bagaimanapun, pemandu kereta jenis Toyota Camry itu didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semalam pada pukul 5.35 petang dan ambulans berkenaan dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

“Dalam kejadian itu, ambulans berkenaan memasang siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit dalam perjalanan dari HUKM menghala ke kediaman pesakit di Ulu Kelang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987,” katanya.



Tegas beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran,” katanya.-

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker