Lan Pet Pet sindir pesakit cerebral palsy

Lan Pet Pet sindir pesakit cerebral palsy

Sebuah video menampilkan pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet, 53, membuat aksi spastik mencetuskan rasa kurang senang kerana dilihat mempersenda golongan penghidap Cerebral Palsy (CP).

Dalam video berdurasi 19 saat itu, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad sedang menjamu selera sambil melakukan aksi terbabit dengan dialog kurang jelas.



Kemudian pada beberapa saat terakhir, dia turut menunjukkan jari tengah yang menjadi simbol kurang senonoh dalam masyarakat.

Menurut perkongsian seorang individu kepada Harian Metro berhubung video itu, dia terkilan dan sangat tidak senang mengenainya.

Baginya tindakan Lan itu cukup biadap.

“Saya tak suka betul benda-benda begini dibuat gurauan. Celebral Palsy atau spastik ini satu anugerah dari Allah. Buat gurauan macam ini sangat kurang ajar. Siap tunjuk ‘middle finger’ tu bergurau.



“Sebagai guru pendidikan khas, saya tak suka. Tak ada kesedaran sivik langsung,” katanya.

Tidak dapat disahkan sama ada video terbabit adalah baharu ataupun lama. Setakat ini, percubaan Harian Metro menghubungi Lan untuk mendapatkan kenyataannya berhubung video itu belum menerima balasan. HM

Lan Pet Pet sindir pesakit cerebral palsy

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan



Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker