Sanusi tak layak tanding jawatan naib presiden PAS

Sanusi tak layak tanding jawatan naib presiden PAS

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mengakui dilamar bertanding jawatan naib presiden PAS pada pemilihan parti bulan depan, namun menolaknya.

“Saya ada (terima tawaran). Saya tolak. Saya rasa saya tak padan (sesuai) jadi naib presiden, jadi AJK padan lah,” katanya pada sidang media di Alor Setar.



“Saya akan bertanding AJK sebab saya rasa saya patut duduk situ saja. Saya tahu diri saya tang (di) mana,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat penggal 2021-2023.

Ketua pengarah pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan dirinya masih “tidak layak” untuk duduk di kerusi “top 5” kepimpinan PAS walaupun menjadi seorang menteri besar.

“Dalam PAS, kualiti untuk memimpin PAS dengan kualiti untuk memimpin dalam sektor lain, berbeza. Ciri dia tak sama. Kelayakan tak sama.

“Seseorang jadi calon boleh tapi nak pimpin PAS, ada ciri lain lagi… sebab tu di Kedah, saya boleh jadi MB, tapi pesuruhjaya orang lain,” katanya. FMT



Sanusi tak layak tanding jawatan naib presiden PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker