Tunggu saman dari KFA – Sanusi

Tunggu saman dari KFA – Sanusi

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan menyaman pihak yang menggambarkan berlakunya kegiatan rasuah dalam persatuan itu dengan mengaitkan tuduhan terbabit terhadap presiden serta empat individu lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).

Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata surat saman itu akan dihantar ke rumah dan pejabat pihak berkenaan dalam masa terdekat.



“Pihak-pihak yang bersungguh sungguh cuba menggambarkan berlaku rasuah RM6 juta dalam KFA dan mengaitkan tuduhan rasuah itu dengan individu tertentu terutamanya Presiden dan kakitangan KFA, sila tunggu surat saman di rumah dan di pejabat masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook beliau awal pagi tadi.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, menegaskan KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tuduhan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi.

Katanya, tuduhan itu sengaja ditularkan demi mencapai tujuan politik pihak tertentu untuk memburukkan KFA dan pemimpin kerajaan negeri Kedah.

Justeru beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan beberapa dokumen berkaitan bagi menunjukkan kebenaran yang berlaku.



“Dokumen-dokumen yang bersabit dengan penswastaan Kedah Darul Aman FC (KDAFC), permohonan pinjaman RM5 juta, bayaran balik RM1.3 juta, permohonan projek oleh pihak-pihak terbabit yang tidak diluluskan kerana tiada kelayakan, dokumen penyata beraudit yang menunjukkan ketelusan pengurusan kewangan KFA dan lain-lain juga akan didedahkan, “katanya.

Semalam media melaporkan Muhammad Sanusi selesai memberi keterangan selepas tiga jam berada di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Kenderaan jenis Mercedes berwarna perak membawa Muhammad Sanusi dilihat meninggalkan ibu pejabat suruhanjaya itu pada jam 11.37 pagi, namun usaha petugas media untuk mendapatkan reaksi beliau tidak berhasil.

Terdahulu, kenderaan membawa Menteri Besar Kedah itu dilihat memasuki kawasan ibu pejabat hadir pada jam 8.30 pagi.



Kelmarin, SPRM dilaporkan akan memanggil Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu untuk membantu siasatan dakwaan rasuah lebih RM6 juta membabitkan KFA.

Difahamkan, siasatan dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang mendakwa dijanjikan mendapat projek di negeri Kedah, sekiranya menyalurkan dana kepada persatuan bola sepak berkenaan, namun tidak memperolehnya selepas berbuat demikian.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi sebelum ini mendakwa beliau adalah sasaran sebenar pihak tertentu di sebalik plot dakwaan rasuah dalam KFA, sedangkan dakwanya ada pihak lain sepatutnya dikenakan tindakan dan bukan empat individu ditahan SPRM. BH

Tunggu saman dari KFA – Sanusi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas



Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker