Dua lelaki mabuk halang bas ditahan polis

Dua lelaki mabuk halang bas ditahan polis

KULAI: Dua lelaki tempatan yang bertindak samseng jalanan, menahan sebuah bas henti-henti dalam satu kejadian semalam, ditahan polis di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tok Beng Yeow, berkata lelaki berusia 32 dan 42 tahun itu ditahan selepas selepas pihaknya menerima laporan daripada pemandu bas terbabit, kira-kira jam 10 pagi.



Katanya, kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi semalam, ketika pemandu bas henti-henti yang berusia 31 tahun sedang memandu di Taman Puteri, di sini.

“Pemandu bas melihat sebuah kereta BMW berwarna hitam telah berhenti di tengah jalan dan seakan-akan memberi jalan kepadanya yang ketika itu sedang memandu bas untuk keluar dari jalan berkenaan.

“Bas yang dipandu mangsa kemudian telah ditahan suspek dan suspek juga memarahi mangsa dengan menghentak beberapa kali dinding bas menggunakan tangannya.

“Manakala seorang lagi rakannya datang menghampiri mangsa dengan memegang cermin sisi di bahagian kanan pemandu dan cuba merosakkannya namun mangsa sempat bergerak lalu meneruskan perjalanan,” katanya.



Beng Yeow berkata, pemandu bas terbabit percaya kedua-dua suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Katanya, suspek kemudian mengekori mangsa dari arah belakang dari terminal bas Kulai sehinggalah sampai ke Jalan Batu 21 Kulai Besar, di sini.

“Suspek masih bertindak mengulangi perkara sama, namun mangsa berdiam diri di dalam bas bimbang keselamatan terancam,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah reman esok, bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap mereka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.



Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi satu minit 19 saat memaparkan sebuah kereta BMW memotong sebuah bas henti-henti secara tiba-tiba.

Rakaman juga memaparkan, seorang lelaki keluar dari kenderaan yang berhenti di tengah jalan sebelum datang mengetuk pintu bas, manakala seorang lagi datang ke bahagian tepi sambnil memarahi pemandu bas terbabit. FMT

Dua lelaki mabuk halang bas ditahan polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker